TIKTOK MENGATASI WHATSAPP



TIKTOK TIKTOK TIKTOK


Selalunya Whatsapp, tapi pada Januari 2020, jumlah muat turun TikTok mengatasi Whatsapp.

Sedikit sejarah:

Musical.ly adalah 'versi pertama' aplikasi 'lip-sync' ini yang dilancarkan pada tahun 2014. Kemudian pada November 2017, ByteDance yang berpengkalan di Beijing ambilalih pada harga USD1 bilion. ByteDance masa tersebut sudahpun membangunkan TikTok tapi di China ia dikenali sebagai Douyin. 

Pada tahun 2018, kesemua fungsi Musical.ly sudah diserap ke dalam aplikasi TikTok dan penambahbaikan dibuat secara berterusan sehingga sekarang.

Kembali ke gambar di status ini & lain-lain fakta menarik:

1. Muat turun  TikTok bulan Januari saja hampir 105 juta, berbanding Whatsapp 90.6 juta

2. Paling banyak aplikasi ini dipasang (install) adalah di India, 34.4%

3. Ada 500 juta pengguna aktif bulanan & lebih 1.5 bilion muat turun

4. 41% pengguna TikTok berusia dari 16-24 tahun

5. TikTok boleh didapati dalam 75 bahasa

6. Pengguna teramai adalah dari negara India seramai 467 juta orang. Lebih ramai dari China dengan 173 juta saja

7. Lebih kurang 1 bilion video ditonton setiap hari.

8. Facebook pun tengah senyap-senyap lancarkan app ala-ala TikTok bernama Lasso pada 2018 di Amerika Syarikat & Mexico pada 2019. Dengarnya bakal dilancarkan di India pada Mei tahun ini.

Syarikat-syarikat dan jenama terkemuka juga sudah banyak menggunakan platform TikTok untuk pemasaran dan berhubung dengan Gen Z.

------

Jangan terkejut kalau ada nampak DS Alif Syukri di TikTok nanti.

Pendapat tentang TikTok?

Article from https://www.facebook.com/theoutlookasia/

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com