AKHIRNYA MENITIS AIR MATA

BEBERRAPA HARI LALU KITA DIKEJUTKAN DENGAN SATU KEMALANGAN YANG MELIBATKAN ANAK ANAK TAHFIZ 

MIZZ TAHAN SEBAB TAK NAK MENANGIS TAPI HARI MIZZ MENANGIS BEGITU DASYAT KERANA INI YANG MIZZ TAHAN SEJAK BEBERAPA HARI LALU 

MARI KITA HADIAHKAN ALFATIHAH BUAT ANAK ANAK YANG TELAH PERGI ITU SEMOGA ROH ANAK ANAK SYURGA ITU DITEMPAT DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN, AMINNN..

Kebakaran pusat tahfiz disifatkan paling dahsyat - Media antarabangsa

DARI ASTROAWANI.COM




KUALA LUMPUR: 'The deadliest fire in decades in Malaysia' - itulah gambaran portal Al Jazeera mengenai insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi ini.



Insiden menyayat hati yang meragut 23 nyawa itu turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk CNN, BBC, Hindustan Times dan The Telegraph yang turut memetik laporan agensi berita AFP.



Agensi berita CNN pula melaporkan kejadian itu dengan tajuk '21 children, 2 adults killed in fire at Malaysian school' manakala BBC melaporkan dengan tajuk 'Kuala Lumpur school fire kills students and teachers'.



Deccan Herald, akhbar bahasa Inggeris yang berpejabat di Karnataka, India, tidak ketinggalan melaporkan tragedi itu.



Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Ujung pada pukul 5.15 pagi tadi.



Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan Twitternya turut melahirkan kesedihan degan catatan "Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar."



Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia Marianne Clark-Hattingh juga memberi kenyataan berhubung tragedi berkenaan dengan badan itu mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga mangsa serta berharap aspek keselamatan di semua sekolah dititikberatkan untuk memastikan insiden sama tidak berulang.



Sementara itu, ramai netizen turut mengucapkan takziah dan berkongsi rasa sedih dengan kejadian yang tidak diingini itu.



Selebriti Neelofa dalam catatan Facebooknya pula berkata: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah memberi kekuatan kepada ibu bapa dan keluarga mangsa. Semoga roh anak-anak dan tenaga pengajar tahfiz dicucuri rahmat, syurga tempatmu, Insya-Allah. Al-Fatihah.
"

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com