Sharifah Sofia kini diburu
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
dari blog viraliyat.net
dari blog viraliyat.net
Sharifah Sofia Diburu Kerana Sebar Maklumat Palsu Tentang MH370 | Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Sharifah Sofia Syed Rashid mula diburu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas dipercayai menyebarkan maklumat palsu di laman sosial.
Menurut Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin tindakan yang dilakukan individu berkenaan boleh menimbulkan ketidaktenteraman masyarakat.
“Dia dikehendaki untuk hadir ke SKMM bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dalam akaun Facebooknya.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati wujud akaun Facebook menggunakan profil Sharifah Sofia Syed Rashid yang digunakan untuk penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya. Pemilik berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemilik Facebook berkenaan didapati menyebarkan maklumat palsu berhubung penemuan beberapa barangan yang didakwa milik pesawat MH370 yang hilang setahun lalu.
“Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat-maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya lagi.
Mizz ada tulis entry tentang Sharifah Sofia ni tapi tak dipublishkan hehe
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.