Bahasa Melayu rojak
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
sumber dari http://www.sinarharian.com.my/
GEORGETOWN - Masih ada segelintir pihak kurang mahir menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Dakwaan itu disokong apabila masih terdapat papan tanda premis dan papan iklan menggunakan 'bahasa Melayu rojak' atau bahasa Melayu yang dicampur aduk dengan bahasa lain. Ikuti tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar Georgetown mengenai isu ini.
Pihak berwajib perlu beri contoh baik
Pensyarah Bahasa Melayu Universiti Sains Malaysia (USM), Razalina Md Radzi berkata, bagi memperkasakan bahasa Melayu, ia bukan hanya dengan cakap kosong sebaliknya pihak berwajib perlu memulakannya dahulu.
Menurutnya, kerajaan perlu menitik beratkan perkara itu sebelum orang luar memperlekehkan negara kita.
“Pihak atasan perlu memainkan peranan dengan memberi kesedaran serta contoh yang baik. Jika dilihat, menteri sendiri guna bahasa Melayu yang salah dalam ucapan ketika berucap di hadapan rakyat.
“Jika di peringkat atas tidak cekap menggunakan bahasa Melayu, apa yang akan berlaku kepada rakyat? Mereka sepatutnya memberi contoh yang baik, guna perkataan dan ayat yang betul. Contoh paling ketara, kebanyakan menteri suka menggunakan perkataan ‘mereka-mereka’. Mengapa perlu menggandakan perkataan yang sudah menunjukkan bilangan yang banyak (mereka)?” katanya.
Tunjuk teladan kepada orang luar
Razalina berkata, sebagai rakyat Malaysia, penggunaan bahasa Melayu khususnya di papan iklan atau papan billboard tidak boleh dipandang ringan.
Ini kerana, kini makin ramai pelajar luar negara yang berminat untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam.
“Saya sendiri mengajar ramai pelajar luar antaranya Jepun dan Korea. Mereka beritahu saya, mereka sangat meminati bahasa Melayu kerana bagi mereka, bahasa kita sangat unik. Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Jangan terkejut jika bahasa Melayu mereka lebih baik dari rakyat Malaysia sendiri.
“Saya agak terkilan apabila pelajar saya mempersoalkan penggunaan ayat di papan kenyataan dan papan iklan yang mereka lihat disekitar bandar ini. Menurut mereka, mengapa apa yang saya ajar, tidak sama seperti yang tertera di papan iklan?
Contohnya, perkataan Pulau Pinang. Ada papan kenyataan yang menggunakan bahasa rojak, ayat dalam bahasa Melayu, tetapi guna ‘Penang’ tidak guna Pulau Pinang,” katanya.
Menurutnya, usaha guru sepertinya untuk memartabatkan bahasa Melayu sukar kerana sesetengah pihak tidak menggunakannya dengan betul dan sesuai.
“Saya dan guru-guru lain sedaya upaya mahu memartabatkan bahasa Melayu dengan menerapkan penggunaan betul kepada pelajar, namun dengan adanya pihak yang masih tidak mengendahkan perkara ini, maka usaha kami itu dilihat sia-sia,” katanya.
Tindakan perlu diambil
Tinjauan mendapati, masih banyak papan iklan menggunakan 'bahasa rojak' malah ada juga mempamerkan nya dengan kesalahan ejaan.
Mereka seperti tidak bersalah mempamerkan papan iklan sedemikian. Lebih menyedihkan, papan kenyataan milik Kerajaan Pulau Pinang juga mempamerkan 'bahasa rojak'.
Perkara itu tidak perlu berlaku kerana sebagai kerajaan negeri, mereka perlu menjadi contoh kepada rakyat tambahan pula, Pulau Pinang adalah negeri yang menjadi tumpuan pelancong luar.
Guru, M Somunaidu, 29, berkata, kerajaan pusat dan Kerajaan Pulau Pinang perlu mengambil langkah drastik bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu digunakan dengan betul oleh rakyat.
Menurutnya, ini kerana, ramai pelancong luar datang ke negara ini berminat untuk belajar bahasa Melayu.
“Perkara ini tidak boleh diambil ringan, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Kita boleh ambil Jepun sebagai contoh, rakyat mereka sangat mengagungkan bahasa ibunda sehinggakan siapa sahaja yang mahu berurusan dengan mereka, perlu belajar bahasa Jepun.
“Jika Jepun boleh, mengapa Malaysia tak boleh? Perkara ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan . Mengapa orang luar boleh nampak keistimewaan bahasa Melayu tetapi bukan kita?” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pemasaran, Eddy Elhamddy Eddris, 33, berkata, sikap sesetengah pihak yang mengagungkan bahasa asing berbanding bahasa kebangsaan amat memalukan.
“Sebagai orang Malaysia, kita perlu bangga dengan bahasa kebangsaan kita. Mengapa perlu mengagungkan bahasa asing sedangkan bahasa Melayu juga mempunyai banyak keistimewaan?
“Saya berharap, kerajaan menyedari perkara ini dan mengambil langkah segera agar bahasa Melayu tidak terus dirojakkan,” katanya.
Pelajar, Mohd Azhari Ajit, 19, berkata, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa Melayu di kalangan anak-anak mereka.
Menurutnya, sikap sesetengah ibu bapa yang mementingkan bahasa Inggeris sehingga sanggup menghantar anak ke kelas khas adalah satu faktor mengapa penggunaan bahasa Melayu yang teruk di kalangan remaja masa kini.
“Sikap ibu bapa yang gemar menghantar anak ke kelas bahasa Inggeris kerana bimbang ditinggal arus pembangunan amat menyedihkan. Mereka tidak mengutamakan bahasa kebangsaan malah menyedihkan, langsung tidak tahu tahap penggunaan bahasa Melayu anak-anak mereka.
“Situasi ini jelas menunjukkan, bahasa Melayu semakin dipinggirkan. Jika bukan kita, siapa lagi? Jika ini dibiarkan, martabat bahasa Melayu akan runtuh sekali gus akan ditelan zaman,” katanya

Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.