Bayi dijumpai di tandas

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

BINTULU: Mayat bayi yang sempurna sifatnya ditemui disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) awam, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mayat bayi berkenaan yang berlumuran darah ditemui oleh salah seorang kakitangan IPT itu ketika mahu menggunakan tandas sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Berikutan itu, sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikejarkan ke lokasi bagi membantu mengeluar mayat bayi berkenaan.
Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat.
Sumber memberitahu mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang ke tandas itu dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
"Hasil siasatan awal juga tidak menolak kemungkinan proses kelahiran bayi itu berlaku dalam tandas berkenaan berdasarkan penemuan kesan darah di lokasi kejadian," katanya.
Katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengenalpasti identiti ibu bayi berkenaan.
Kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk siasatan lanjut.

Comments

  1. Kesiannya baby tersebut..huhu tapi lagi kesian pada ibunya kerana tidak berjumpa dengan bantuan sebelum ini dan memilih jalan sebegini...

    ReplyDelete

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com