Kedah sekali lagi dilanda puting beliung

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Alor Setar: Lebih 30 rumah di sekitar daerah Kota Setar rosak teruk selepas dilanda puting beliung dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.
Difahamkan, antara kampung yang terbabit ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian pada jam 5.22 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dengan kekuatan enam anggota diketuai Pehawai Bomba Khairil Anuar Said dikejarkan ke lokasi salah sebuah lokasi iaitu di Taman Mergong Jaya.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati rata-rata rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung dan garaj rumah akibat diterbangkan angin.
"Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Jumlah sebenar rumah yang rosak masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.


Comments

  1. Tuhan maha berkuasa kan..
    Papaglsmz jalan2 n follow di sini.

    http://www.papaglamz.com/?m=0

    ReplyDelete
  2. Ya Allah tak pernah dengar pulak Malaysia nie dilanda puting beliung

    ReplyDelete
  3. Ada yang kata ini bukan puting beliung , ia hanyalah belalai gajah ke belalai angin lebih kurang macam tu la. kalau betul puting beliaung lagi teruk pukulanya

    ReplyDelete

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com