Aktor Bollywood mahu berdamai dengan Salman, Farah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

MUMBAI: Aktor tersohor Bollywood, Shahrukh Khan mengejutkan peminatnya di seluruh dunia apabila secara terbuka memohon maaf kepada pelakon Salman Khan dan pereka tari terkenal, Farah Khan dalam bual bicara di televisyen semalam. 
Ketika menjawab soalan hos rancangan Koffee With Karan, Karan Johar mengenai beberapa selebriti yang enggan bercakap dengannya, Shahrukh memberi jawapan mengejutkan dengan berkata, ia mungkin berpunca daripada kesilapan beliau. 

Sumber dipetik laman web selebriti IndiaGlitz.com melaporkan selebriti yang dimaksudkan Shahrukh itu sudah pasti Salman Khan yang enggan bercakap dengannya sejak mereka bergaduh ketika majlis hari lahir pelakon, Katrina Kaif pada 2008. 

“Salman dilaporkan belum bersedia memaafkan Shahrukh dan menganggap kenyataan permohonan maaf pelakon popular itu tidak jujur,” kata laman web itu. 

Salman yang dikenali sebagai pendendam, memberitahu rakan rapatnya, jika Shahrukh jujur, dia sepatutnya menghubunginya atau datang ke rumahnya. 

“Memohon maaf melalui televisyen bukan cara yang betul. Hanya saya tahu apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu,” katanya. 
Hubungan Shahrukh dengan Farah pula renggang selepas pereka tari itu tidak menawarkan watak utama filem Tees Maar Khan kepadanya dan sebaliknya memberikannya kepada Akshay Kumar. 

Bagaimanapun Farah mengadakan pertemuan dengan Shahrukh baru-baru ini bagi menjernihkan semula hubungan mereka ketika pelakon berkenaan membuat persediaan untuk menjalani penggambaran di dalam van mewahnya. –

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com