GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH QURBAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,
ASSALAMULAIKUM
HELLO
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH QURBAN
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1. TUJUAN
1.1. Garis Panduan Pengurusan Ibadah Qurban disediakan untuk memberi panduan dan rujukan kepada individu yang hendak melaksanakan ibadah qurban dan pihak yang hendak menguruskan ibadah tersebut.
2. PENDAHULUAN
2.1. Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan al-Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36.1
2.2. Hukumnya adalah sunat (sunat muakkadah). Amalan ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
2.2. Amalan ini menjadi satu amalan tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan haiwan ternakan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Pelbagai adab dan cara orang ramai ketika hendak melakukan amalan penyembelihan qurban.
2.3 Justeru dengan kepelbagaian fahaman dan cara dalam menguruskan ibadah qurban, Jakim mengambil inisiatif menyediakan garis panduan ini supaya pelaksanaan ibadah qurban dapat diurus mengikut kehendak syarak.
1Wahbah al-Zuhaili (1999), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld. 3, hlm. 687-688.
2
3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN
Kandungan garis panduan ini adalah seperti yang berikut:
a. Tafsiran
b. Hikmah Ibadah Qurban
c. Hukum Berqurban
d. Jenis Qurban
e. Hukum Daging Qurban
f. Pembahagian Daging Qurban
g. Diri Individu Yang Dituntut Melakukan Ibadah Qurban
h. Syarat Kepada Orang Yang Melakukan Qurban
i. Syarat Sah Haiwan Ternakan Qurban
j. Waktu Menyembelih Qurban
k. Syarat Penyembelih Haiwan Qurban
l. Syarat Alat Menyembelih
m. Kawasan Penyembelihan Ternakan Qurban
n. Perkara Sunat Ketika Berqurban
o. Perkara Makruh Ketika Berqurban
p. Kebajikan Haiwan Sembelihan Qurban
q. Cara Menyembelih Haiwan Qurban
r. Pengurusan Sisa Ternakan Qurban
s. Agihan Daging Qurban
t. Kesimpulan
a. Tafsiran
i. Qurban
Nama bagi sesuatu yang diqurbankan atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Hari Raya Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT
3
pada masa-masa tertentu.2 Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah SWT.3
ii. Taqarrub
Perbuatan atau amalan yang dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah qurban adalah salah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36.
iii. Individu yang hendak melaksanakan qurban
Individu muslim yang berniat hendak melaksanakan qurban (tidak termasuk organisasi, syarikat atau persatuan)
iv. Pihak yang hendak menguruskan qurban
Orang perseorangan atau syarikat atau persatuan yang bersetuju untuk mengurus bagi pihak individu yang hendak melaksanakan ibadah qurban.
v. Nazar
Nazar adalah janji kepada Allah SWT. Menurut al-Mawardi, nazar ialah iltizam (mewajibkan diri) untuk melakukan qurbah (sesuatu yang boleh menghampirkan diri dengan Allah) yang pada asalnya tidak wajib di sisi syarak.4
2Al-Hanafi al-Haskifi, Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin Abd al-Rahman (1423H/2002M), al-Durr al-Mukhtar, Beirut-Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, cet. 1, hlm. 645.
3Al-Khatib al-Sharbini, Shamsuddin Muhammad (1418H/1997M), Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Udhiyyah, Beirut-Lubnan, Dar al-Makrifah, cet. 1, jld. 4, hlm. 376.
4Al-Mawardi al-Basri, Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib (1414H/1994M), al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Shafi‘i, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet. 1, jld. 15, hlm. 466-467.
4
vi. Qurban Nazar
Qurban yang diwajibkan ke atas individu yang berazam untuk melakukan qurban nazar. Contohnya apabila seseorang menyebut “Wajib ke atas diriku berqurban seekor kambing kerana Allah SWT”.5
vii. Qurban Sunat (tatawu‘)
Qurban yang dilakukan bukan niat kerana bernazar. Ia dikira sunat kerana tidak ada sebab-sebab dan syarat menjadikannya wajib.6
viii. Sunat Muakkadah
Sunat yang amat dituntut untuk melakukan ibadah qurban dan makruh meninggalkan bagi yang berkemampuan.7
viii. Hari Nahar
Hari Raya Adha iaitu pada 10 Zulhijjah.8
ix. Hari Tasyrik
11, 12 dan 13 Zulhijjah.9
b. Hikmah Ibadah Qurban
Ia disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT di atas segala nikmat-Nya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun
5Wahbah al-Zuhaili (1999), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld. 3, hlm. 691.
6Wahbah al-Zuhaili (1999), jld. 3, hlm. 692.
7Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah, al-Kuwait, cet. ke-2, jld. 25, hlm. 265.
8Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf (t.th.), Kitab al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab lil Shirazi, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 360.
9Al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 360.
5
dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.
c. Hukum Berqurban
Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah al-Saafat ayat 107. Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah10 dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.11 Menurut pandangan jumhur ulama hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat (sunat muakkadah) bagi individu yang berkemampuan.12 Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ’ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup.13 Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.
d. Jenis Qurban
Qurban terbahagi kepada dua jenis iaitu qurban nazar (wajib) dan qurban
sunat.
10Muhammad al-Qari, ‘Ali bin Sultan (1422H/2002M), Mirqatu al-Mafatih Sharhu Mishkatu al-Masabih, kitab al-solat, bab fi al-udhiyah, Darul al-Fikr, no. hadith 1470, hlm. 1087.
11Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf (1416H/1996M), Sharhu al-Nawawi ‘ala Muslim, kitab udahi, bab Istihbab al-dahiyah wa zabhuha mubasyarah bila taukil wa al-tasmiyah wa al-takbir, Dar al-Khair, no. hadith 1966, hlm. 105.
12Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld. 3, hlm. 690.
13Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 689.
6
e. Hukum Daging Qurban
i. Ditegah memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagai mana juga ditegah memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam.14
ii. Manakala hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam, para ulama memberi padangan yang berbeza:
(a) Ulama Mazhab Hanbali mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam dan tidak mengharuskan bagi qurban wajib.15
(b) Ulama Mazhab Shafi‘i tidak mengharuskan pemberian daging qurban sunat dan wajib kepada orang bukan Islam16 kecuali Imam al-Nawawi mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam.17
(c) Ulama Mazhab Maliki makruh dijamu kepada orang Yahudi dan Nasrani.18 Walau bagaimanapun tidak dilarang memberi daging qurban sunat kepada orang fakir di kalangan ahli zimmah (orang bukan Islam) atas sebab sifat kemanusiaan dan bukan sebab agama.19
14Al-Ramli, Muhammad bin Shihabuddin (1404H/1984M), Nihayatul al-Muhtaj ila Sharhil al-Minhaj, kitab al-udhiyah, Dar al-Fikr, jld. 8, hlm. 142.
15Al-Buhuti, Mansur bin Yunus bin Idris (1402H/1982M), Kashaf al-Qina‘ ‘an Matn al-‘Iqna‘, kitab al-hajj, bab al-huda wa al-udahi wa al-‘aqiqah wa ma yata‘allaqu biha, Dar al-Fikr, jld. 3, hlm. 23. Lihat Ibn Qudamah, Abi Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad (1405H/1985M), al-Mughni, kitab al-udahi, mas’alatu al-istihbab an ya’kula sulus udhiyatihi, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, cet. 1, jld. 9.
16Al-Ramli, Muhammad bin Shihabuddin (1404H/1984M), Nihayatu al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, kitab al-udhiyah, Dar al-Fikr, jld. 8, hlm. 142. Lihat Ibn Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali (t.th.), Tuhfatu al-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Kitab al-Udhiyah, jld. 9, hlm. 363.
17Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf (t.th.), Kitab al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab lil Shirazi, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 404. Lihat Ibn Rush al-Qurtubi, al-Qadi Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhamad bin Ahmad (1416H/1995M), Bidayatu al-Mujtahid wa Nihayatu al-Muqtasid, Dar al-Salam, cet. 1, jld. 2, hlm. 1090.
18Ibn Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali (t.th.), Tuhfatu al-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, kitab al-udhiyah, jld. 9, hlm. 365.
19Ibn Rush al-Qurtubi (1416H/1995M), jld. 2, hlm. 1090.
7
(d) Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, al-Hasan al-Basri dan Abu Thur mengharuskan pemberian qurban sunat kepada orang bukan Islam (ahlu zimmah).20
iii. Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah qurban sama ada wajib atau sunat.21
iv. Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan qurban.22
iv. Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’)
memakan daging qurbannya.
f. Pembahagian Daging Qurban
Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis iaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:
i. Pembahagian daging qurban wajib atau nazar:
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan dagingnya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
20Ibn Rush al-Qurtubi, al-Qadi Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhamad bin Ahmad (1416H/1995M), Bidayatu al-Mujtahid wa Nihayatu al-Muqtasid, Dar al-Salam, cet. 1, jld. 2, hlm. 1090.
21Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 724. Nabi SAW melarang berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim.
22Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 725. Larangan tersebut berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Sahih Bukhari, kitab al-hajj, باب لا يعطى الجزار من الهدي شيئا , no. hadith 1629.
8
ii. Pembahagian daging qurban sunat ada beberapa cara iaitu:
(a) Menurut pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali23 daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan kepada hadith Ibn Abbas seperti yang berikut:
1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan
ahli keluarganya.
1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai
termasuk orang kaya atau jiran-jiran atau saudaranya.
(b) Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul jadid:24

termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
(c) Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul qadim:25
½ - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan
ahli keluarganya.
½ - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
(d) Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i qaul asah26 wajib disedekahkan daging walaupun dengan kadar yang sedikit
23Al-Ghanimi, al-Sheikh Abd al-Ghani al-Ghanimi al-Dimashqi al-Maidani al-Hanafi (t.th.), al-Lubab, Beirut, Maktabah al-‘Alamiah, jld.3, hlm. 236. Lihat Ibn Qudamah (1404H/1985M), al-Mughni, kitab al-udahi, Dar Ihya’ al-Turath, al-‘Arabi, cet. 1, jld. 9, hlm. 355. Lihat al-Buhuti (1402H/1982M), Kashaf al-Qina‘ ‘an Matn al-‘Iqna‘, kitab al-hajj, bab al-huda wa al-udahi wa al-‘aqiqah wa ma yata‘allaqu biha, Dar al-Fikr, jld. 3, hlm. 23.
24Al-Khatib al-Sharbini, Shamsuddin Muhammad (1418H/1997M), Mughni al-Muhtaj, Beirut, Dar al-Ma‘rifah, cet. 1, jld. 4, hlm. 387.
25Al-Khatib al-Sharbini (1418H/1997M), jld. 4, hlm. 387.
26Al-Khatib al-Sharbini (1418H/1997M), jld. 4, hlm. 387 – 388.
9
seperti setengah kilo atau setengah kati dengan syarat hendaklah daripada daging yang mentah, bukannya yang telah dimasak. Tujuannya supaya orang fakir atau miskin itu boleh memasak daging itu mengikut seleranya atau membolehkan dia menjualnya kepada orang Islam yang lain bagi mendapatkan harga dalam bentuk mata wang ataupun pertukaran dengan barangan yang lain.
(e) Yang paling afdhal27 menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau sesuap yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.28

Syarat-syarat bagi individu yang dituntut melakukan ibadah qurban adalah seperti yang berikut:29
i. Seorang Islam yang masih hidup. Tidak boleh melakukan untuk si mati jika dia tidak meninggalkan wasiat.30
ii. Seorang yang merdeka. Tidak dituntut ke atas hamba.31
27Al-Khatib al-Sharbini, Shamsuddin Muhammad (1418H/1997M), jld. 4, hlm. 388.
28Al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin ‘Ali (t.th.), Kitab al-Sunan al-Kubra, Beirut, Dar al-Ma‘rifah, كتاب صلاة العيدين » باب يترك الأكل يوم النحر حتى يرجع , no. hadith 6019. Lihat Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld. 3, hlm. 726.
29Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 696.
30Al-Khatib al-Sharbini (1418H/1997M), jld. 4, hlm. 390.
31Al-Khatib al-Sharbini (1418H/1997M), jld. 4, hlm. 389. Lihat al-Nawawi (t.th.), Kitab al-Majmu‘, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 381.
10
iii. Mencapai umur baligh dan berakal.32
iv. Bermukim iaitu menetap di sesuatu kawasan.33
v. Mampu melaksanakan - orang yang mampu34 ialah mereka yang mempunyai harga/nilai (duit) untuk berbelanja mendapatkan ternakan qurban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya untuk Hari Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah masa bagi melakukan qurban.

Untuk memenuhi syarat-syarat sah orang yang berqurban mempunyai tiga perkara:35
i. Amalan Qurban hendaklah disertakan dengan niat untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah SWT. Sebagai contoh ”Ini adalah qurban, Insya Allah” atau ”Aku mewakili si pulan untuk menyembelih qurban” bagi niat sebagai wakil.
ii. Waktu niat qurban adalah semasa menyembelih atau semasa membeli ternakan qurban.36
32Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah, al-Kuwait, cet. ke-2, jld. 5, hlm. 80.
33Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), jld. 5, hlm. 79. Lihat Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld. 3, hlm. 696.
34Ibn Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin Ali (t.th.), Tuhfah al-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj,
كتاب الأضحية , Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, jld. 9, hlm. 345. Lihat Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), jld. 5, hlm. 80. Lihat Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 694.
35Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), jld. 5, hlm. 89 – 90.
36Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi (t.th.), Kitab al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab lil Shirazi, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 381.
11
iii. Memilih ternakan qurban yang boleh dikongsi bahagian seperti unta, lembu dan kerbau jika ingin berkongsi tujuh orang.37 Manakala kambing atau biri-biri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian.
i. Syarat Sah Haiwan Ternakan Qurban
Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, perkara-perkara tersebut adalah disyaratkan ke atas haiwan ternakan berkenaan:
i. Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan haiwan an’am(ternakan) iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina, yang menjadi baka ataupun dikasi. Dengan itu tidak sah berqurban dengan menggunakan ternakan yang lain selain daripada haiwan an’am(ternakan) seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.38
ii. Hendaklah penyembelihan qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu pada Hari Nahar dan meliputi tiga malam iaitu malam ke-11, malam ke-12 dan malam ke13 Zulhijjah (tetapi makruh). Qurban tidak sah dilakukan pada malam Hari Raya atau malam ke-10 Zulhijjah. Begitu juga tidak sah dilakukan pada malam ke-14 Zulhijjah.39
37Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi (t.th.), Kitab al-Majmu‘, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 399 - 400.
38Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi (1423H/2003M), Raudah al-Talibin, Beirut, Dar ‘Alam al-Kutub, jld. 2, hlm. 462. Lihat al-Khatib al-Sharbini (1418H/1997M), Mughni al-Muhtaj, Beirut, Dar al-Ma‘rifah, cet. 1, jld. 4, hlm. 379. Lihat Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah, al-Kuwait, cet. ke-2, jld. 5, hlm. 81 – 83. Lihat Wahbah al-Zuhaili (1997M) al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan, jld. 4, hlm. 2719.
39Al-Khatib al-Sharbini (1418H/1997M), jld. 4, hlm. 381. Lihat Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld. 3, hlm. 694 & 702.
12
iii. Hendaklah ternakan yang diqurbankan itu tidak mempunyai kecacatan seperti tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk atau cedera pada tubuh badan atau kurus sehingga tidak mempunyai lemak, maka tidak terlaksana untuk dijadikan qurban.40
iv. Setiap ternakan yang dijadikan sembelihan qurban hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.41
v. Hendaklah haiwan yang diqurbankan telah mencapai satu tahap minimum umur yang diharuskan untuk berqurban iaitu:42
(a) unta (ibil) – berumur 5 tahun masuk tahun ke-6.
(b) lembu/kerbau (baqarah) – berumur 2 tahun masuk tahun
ke-3.
(c) kambing (ma‘zi)43 – berumur 2 tahun masuk tahun ke-3.
(d) biri-biri (da’ni)44 – berumur 1 tahun masuk tahun ke-2 ataupun telah bersalin gigi di hadapan.
j. Waktu Menyembelih Qurban
Penyembelihan qurban hendaklah dilakukan apabila berlalu tempoh sekadar selesainya dua rakaat solat sunat Hari Raya Adha serta bacaan khutbah. Waktu penyembelihan qurban berterusan siang dan malam (makruh pada waktu malam) sehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah) sebelum terbenamnya matahari.45
40Al-Nawawi (t.th.), Kitab al-Majmu‘, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 372. Lihat al-Khatib al-Sharbini (t.th.), jld. 4, hlm. 381. Lihat Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 710.
41al-Khatib al-Sharbini (1418H/1997M), jld. 4, hlm. 382.
42Al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 364 - 367.
43Ma‘zi menurut Tafsir Pimpinan al-Rahman dalam surah al-An‘am ayat 143 ialah kambing biasa.
44Da’ni menurut Tafsir Pimpinan al-Rahman dalam surah al-An‘am ayat 143 ialah kambing biri-biri.
45Al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 359.
13
k. Syarat Penyembelih Haiwan Qurban
Afdal bagi orang yang melakukan qurban menyembelih qurbannya dan sama-sama turut hadir menyaksikannya.46 Walau bagaimanapun dia boleh mewakilkan kepada orang lain atau syarikat atau persatuan yang bersetuju untuk menguruskan ibadah qurban dengan syarat-syarat seperti yang berikut:
i. Penyembelih qurban hendaklah seorang muslim sama ada lelaki atau perempuan. Jika qurban itu disembelih oleh orang kafir yang diwakilkan oleh tuan qurban, maka qurban itu tidak sah,47 dan makruh sekiranya dia seorang ahli kitab;48
ii. Seorang yang telah mumayyiz dan berakal kecuali gila dan mabuk. Makruh mewakilkan ke atas kanak-kanak dan perempuan haid.49
iii. Namun yang afdal menyembelih qurban adalah orang lelaki dan sunat orang perempuan mewakilkan kepada orang lelaki);50 dan
iv. Mampu melakukannya (pandai menyembelih) dan dilakukan tanpa ada paksaan.
l. Syarat Alat Menyembelih
Alat menyembelih hendaklah tajam yang boleh memutuskan:
46Al-Ghazali, al-‘Alamah al-Faqih al-Hujjah Abi Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad (1418H/1997M), al-Wajiz fi Fiqhi al-Imam al-Shafi‘i, Beirut, Syarikat Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, cet. 1, jld. 2, hlm. 212. Lihat al-Nawawi (t.th.), Kitab al-Majmu‘, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 380.
47Al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 380.
48Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld, 3, hlm. 717.
49Al-Nawawi (1423H/2003M), Raudah al-Talibin, Beirut, Dar ‘Alam al-Kutub, jld. 2, hlm. 469.
50Al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 380.
14
i. Urat pembuluh darah yang terletak di sebelah kiri dan kanan leher (wadajain);
ii. Urat mari’ (saluran makanan); dan
iii. Halqum (saluran pernafasan)
dan bukan menggunakan alat yang tumpul seperti tulang dan gigi haiwan.51

Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa aktiviti penyembelihan ialah seperti yang berikut:52
i. Hendaklah ditentukan di tempat yang khusus yang merangkumi aspek keselamatan dan kebersihan tempat tersebut;
ii. Kawasan tambatan ternakan qurban hendaklah lapang, teduh dan selamat;53
iii. Hendaklah menyediakan air minuman yang bersih dan makanan yang mencukupi bagi haiwan berkenaan;
iv. Tapak penyembelihan ternakan qurban hendaklah sesuai, bersih dan selamat;
v. Darah penyembelihan tidak boleh dialirkan ke saliran awam seperti longkang, tali air, parit dan sebagainya;
vi. Tempat melapah jika dilakukan di atas lantai hendaklah sesuai dan bersih;
vii. Daging yang telah dilapah hendaklah digantung pada tiang yang tidak karat dan ketinggian tiang yang bersesuaian agar daging yang dipotong tidak mencecah lantai;
51Al-Nawawi (1423H/2003M), Raudah al-Talibin, Beirut, Dar ‘Alam al-Kutub, jld. 2, hlm. 470.
52Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban, hlm. 4.
53Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah, al-Kuwait, cet. ke-2, jld. 5, hlm. 94.
15
viii. Tempat memotong daging hendaklah menggunakan meja yang sesuai, bersih dan selamat;
ix. Penyembelihan yang dilakukan di balai raya, padang awam, taman perumahan, luar perkarangan masjid, surau, serta rumah persendirian hendaklah menitikberatkan aspek kebersihan bagi memastikan daging qurban bersih dan juga selamat untuk dimakan.
x. Afdal dilakukan di kawasan rumah kerana dapat disaksikan oleh ahli keluarga.54
n. Perkara Sunat Ketika Berqurban
Antara perkara sunat ketika berqurban adalah seperti yang berikut:
i. Menambat ternakan qurban menjelang Hari Nahar - makanan haiwan sembelihan sebelum qurban – pastikan tidak makan makanan yang syubhah (makan rumput di kawasan yang bukan milik tuan haiwan qurban).55
ii. Meletakkan tanda serta menutup tubuh ternakan qurban supaya dapat merasakan kepentingan qurban.56
iii. Melakukan penyembelihan qurban dengan sendiri.57
iv. Membaca تسمية (بسم الله ).58
v. Berselawat ke atas Nabi SAW.59
iii. Penyembelih dan ternakan sunat mengadap ke arah qiblat.60
54Al-Nawawi (1423H/2003M), Raudah al-Talibin, Beirut, Dar ‘Alam al-Kutub, jld. 2, hlm. 497.
55Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah, al-Kuwait, cet. ke-2, jld. 5, hlm. 94.
56Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld. 3, h. 716.
57Al-Nawawi (t.th.), Kitab al-Majmu‘, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 380.
58Al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 384. Lihat Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), jld. 11, hlm. 327.
59Al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 386.
16
iv. Sunat memilih ternakan yang paling baik.61
v. Sunat menunggu ternakan yang disembelih itu sehingga sejuk dan semua anggotanya tidak bergerak lagi atau benar-benar mati dan barulah dilapah.62
vi. Orang yang melakukan qurban disunatkan tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga dia telah selesai berqurban.63
o. Perkara Makruh Ketika Berqurban
Antara perkara yang makruh ketika berqurban adalah seperti yang berikut:
i. Makruh melakukan qurban ternakan yang carik telinganya atau terpotong sedikit dibelakang telinganya.64
ii. Makruh memotong bulu ternakan yang hendak diqurbankan bagi tujuan kegunaan sendiri jika boleh memudharatkannya.65
iii. Makruh menjadikan ternakan qurban yang pecah dan patah tanduknya dan tiada bertanduk.66
iv. Makruh memerah susu ternakan yang hendak dijadikan qurban dan meminumnya kecuali disedekahkan susu tersebut.67
vi. Makruh bagi orang yang hendak berqurban memotong kukunya dan bercukur.68
60Al-Nawawi (1423H/2003M), Raudah al-Talibin, Beirut, Dar ‘Alam al-Kutub, jld. 2, hlm. 473. Lihat al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 382. Lihat al-Ghazali (1418H/1997M), al-Wajiz fi Fiqhi al-Imam al-Shafi‘i, Beirut, Syarikat Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, cet. 1, jld. 2, hlm. 212.
61Al-Ghazali (1418H/1997M), jld. 2, hlm. 211. Lihat Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah, al-Kuwait, cet. ke-2, jld. 5, hlm. 98 – 99.
62Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), jld. 5, hlm. 101-102.
63Al-Nawawi (t.th.), Kitab al-Majmu‘, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 362. Lihat Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), jld. 5, hlm. 95.
64Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld, 3, hlm. 715.
65Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 721. Pandangan ini adalah merujuk kepada pendapat ulama mazhab Maliki.
66Al-Ghazali (1418H/1997M), jld. 2, hlm. 211. Lihat Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 715.
67Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), jld. 5, hlm. 96.
17
vii. Makruh melakukan sembelihan qurban pada waktu malam.69
p. Kebajikan Haiwan Sembelihan Qurban
Antara perkara-perkara yang boleh ditambah selain melakukan amalan sunat ketika berqurban ialah:70
i. Ternakan yang menunggu untuk disembelih tidak boleh melihat ternakan lain yang sedang disembelih;
ii. Tidak digalakkan mengasah pisau di hadapan ternakan yang hendak disembelih.
iii. Melakukan sembelihan dengan cepat dan teratur.
iv. Membawa sembelihan ke tempat yang khusus dengan cara yang baik bukan cara yang kasar dan tidak diseret kakinya.71
q. Cara Menyembelih Haiwan Qurban
Cara menyembelih ternakan qurban adalah seperti yang berikut:
i. Niat atau qasad untuk sembelih qurban;72 antara contoh-contoh lafaz niat:
(a) Qurban Sunat “Ini adalah qurban, Insya Allah” atau “Ini adalah qurban dan aku mewakili si pulan (enam bahagian yang berkongsi) untuk menyembelih qurban”. Bagi
68Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld. 3, hlm. 718.
69Al-Shafi‘i, Imam Muhammad bin Idris (1422H/2001M), al-Umm, al-Mansurah, Dar al-Wafa’, cet. 1, jld. 3, hlm. 579, 588 – 589.
70Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hlm. 3.
71Wahbah al-Zuhaili (1999M), jld. 3, hlm. 716.
72Al-Ghazali (1418H/1997M), al-Wajiz fi Fiqhi al-Imam al-Shafi‘i, Beirut, Syarikat Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, cet. 1, jld. 2, hlm. 212.
18
penyembelih yang tidak berqurban “Aku mewakili si pulan (tujuh bahagian yang berkongsi) qurban, Insya Allah”.
(b) Qurban Wajib (Nazar) “Untuk Allah ke atasku berqurban dengan (unta/lembu/kerbau/kambing/biri-biri) ini”,atau “Wajib ke atasku mengqurbankan (unta/lembu/kerbau/kambing/biri-biri) ini”.
ii. Membaringkan dan menghadapkan rusuk kiri haiwan ke arah kiblat dan kepalanya diangkatkan sedikit;
iii. Direbahkan dengan menggunakan tali yang sesuai, tempat yang sesuai dan tidak menyebabkan kecederaan kepada ternakan dengan memastikan kebajikan haiwan terjamin;
iv. Membaca تسمية iaitu بسم الله 73atau 74 بسم الله والله أكبر
75
v. Berselawat ke atas Nabi SAW;76
vi. Bertakbir sebelum atau selepas membaca بسم الله sebagai contoh بسم الله والله أكبر 77 atau
لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر
vii. Penyembelih hendaklah memegang kulit tengkuknya di bahagian bawah dagunya dan menariknya sehingga nampak jelas kulitnya;
73Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404M/1983M), al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah, al-Kuwait, cet. ke-2, jld. 11, hlm. 327.
74Al-Nawawi (t.th.), Kitab al-Majmu‘, Jeddah, Maktabah al-Irsyad, jld. 8, hlm. 387.
75Al-Hakim al-Naisaburi, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah (1418H/1998M), al-Mustadrak ‘ala Sahihain, Beirut: Dar al-Ma‘rifah, أول كتاب المناسك » ضحى النبي صلى الله عليه وآله وسلم عن أمته , jld. 2, hlm.124.
76Wahbah al-Zuhaili (1999M), Fiqh & Perundangan Islam, terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld, 3, hlm. 720.
77Al-Nawawi (t.th.), jld. 8, hlm. 387.
19
viii. Meletakkan alat menyembelih di leher dengan memotong biji halqum, urat mari’ dan dua urat di leher kiri kanan haiwan (wadajain);78
x. Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan kadar segera dan tidak diselangi dengan amalan-amalan lain;79 dan
xi. Berdoa kepada Allah SWT agar ibadah qurban diterima.
r. Pengurusan Sisa Ternakan Qurban
Perkara-perkara yang mesti dititikberatkan selepas penyembelihan ternakan qurban ialah mengurus sisa qurban yang tidak diperlukan seperti yang berikut:81
i. Bahan pepejal seperti lemak, tanduk, tulang hendaklah dibungkus dan dilupuskan dengan cara yang bersesuaian; dan
ii. Bahan cecair seperti najis, sisa darah penyembelihan hendaklah ditanam.
s. Agihan Daging Qurban
i. Sebelum melaksanakan pengagihan daging qurban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian qurban wajib daripada daging bahagian kurban sunat sebelum diagihkan kepada penerima.
78Al-Ghazali (1418H/1997M), al-Wajiz fi Fiqhi al-Imam al-Shafi‘i, Beirut, Syarikat Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, cet. 1, jld. 2, hlm. 212.
79Al-Nawawi (1423H/2003M), Raudah al-Talibin, Beirut, Dar ‘Alam al-Kutub, jld. 2, hlm. 471.
80Al-Ghazali (1418H/1997M), jld. 2, hlm. 212.
81Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hlm. 5.
20
ii. Hal ini jika perkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat qurban wajib dengan mereka yang berniat qurban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah.
iii. Ini langkah pertama yang amat penting kerana daging qurban wajib, wajib diagihkan kepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian aqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan pengagihan qurban sunat.
iv. Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya hendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk memudahkan pengagihan kepada pihak-pihak yang telah dikenal pasti seperti yang berikut:
(a) Memastikan daging qurban cukup untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang telah disenaraikan;
(b) Menyediakan senarai penerima daging qurban mengikut keutamaan;
(c) Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka;
(d) Mengagihkan daging qurban kepada mereka yang tinggal di kawasan terpencil;
(e) Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk menempatkan daging qurban sebelum ia diagih ke kawasan pendalaman; dan
(f) Mengagihkan daging qurban kepada golongan yang berada sekiranya terdapat lebihan daging qurban tersebut.
21
t. Kesimpulan
Garis panduan yang disediakan dapat membantu orang yang berhajat melakukan ibadah qurban sebagai persediaan awal sebelum melakukannya. Ia juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas cara melakukan ibadah qurban disamping menjaga adab-adab yang syorkan supaya dapat melahirkan rasa syukur dan taat kepada Allah SWT demi untuk mentaqarrub diri kepadaNya sebagai seorang hamba melalui ibadah qurban yang dilakukan.
3. PENUTUP
Dengan adanya garis panduan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat awam khususnya kepada umat Islam menitikberatkan aspek penjagaan kebajikan haiwan qurban sebelum memulakan sembelihan, aspek kebersihan bagi mengelak penyakit berjangkit dan aspek keselamatan sama ada dari sudut keselamatan individu yang terlibat mahupun daging yang diperolehi selamat untuk dimakan.
Selain itu juga pengagihan daging dapat diserahkan kepada individu-individu yang telah dikenalpasti supaya tidak berlaku keciciran memperoleh daging qurban.
Semoga amalan penyembelihan ibadah qurban yang dilakukan memberi kesan yang mendalam serta galakan kepada orang lain untuk berusaha melaksanakan qurban sebagai salah satu tuntutan dalam Islam.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Oktober 2012
22
Rujukan
Al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin ‘Ali (t.th.). Kitab al-Sunan al-Kubra. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
Al-Buhuti, al-Sheikh Mansur bin Yunus bin Idris (1402H/1982M), Kashaaf al-Qina‘ ‘an Matn al-‘Iqna‘, kitab al-hajj, bab al-huda wa al-udahi wa al-‘aqiqah wa ma yata‘allaqu biha. Dar al-Fikr.
Al-Ghanimi, al-Sheikh Abd al-Ghani al-Ghanimi al-Dimashqi al-Maidani al-Hanafi (t.th.). al-Lubab. Beirut: Maktabah al-‘Alamiah.
Al-Ghazali, al-‘Alamah al-Faqih al-Hujjah Abi Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad (1418H/1997M). al-Wajiz fi Fiqhi al-Imam al-Shafi‘i. Beirut: Syarikat Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam.
Al-Hakim al-Naisaburi, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah (1418H/1998M). al-Mustadrak ‘ala Sahihain, أول كتاب المناسك » ضحى النبي صلى الله عليه وآله وسلم عن أمته , Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
Al-Hanafi al-Haskifi, Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin Abd al-Rahman (1423H/2002M). al-Durr al-Mukhtar. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah: Beirut-Lubnan.
Al-Khatib al-Sharbini, Shamsuddin Muhammad (1418H/1997M). Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah. Beirut-Lubnan: Dar al-Makrifah.
Al-Mawardi al-Basri, Abu al-Hasan ‘Ali Bin Muhammad bin Habib (1414H/1994M). al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Shafi‘i. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.
23
Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi (1416H/1996M). Sharhu al-Nawawi ‘ala Muslim, kitab udahi, bab istihbab al-dahiyah wa zabhuha mubasyarah bila taukil wa al-tasmiyah wa al-takbir. Dar al-Khair.
Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi (t.th.). Kitab al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab lil Shirazi. Jeddah: Maktabah al-Irsyad.
Al-Nawawi, Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi (1423H/2003M). Raudah al-Talibin. Beirut: Dar ‘Alam al-Kutub.
Al-Ramli, Muhammad bin Shihabuddin (1404H/1984M), Nihayatu al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, kitab al-udhiyah. Dar al-Fikr.
Al-Shafi‘i, Imam Muhammad bin Idris (1422H/2001M). al-Umm. al-Mansurah: Dar al-Wafa’.
Ibn Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali (t.th), Tuhfatu al-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj, kitab al-udhiyah. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Ibn Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin Ali (t.th). Tuhfah al-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj. كتاب الأضحية . Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Ibn Qudamah, Abi Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad (1405H/1985M). al-Mughni, kitab al-udahi, mas’alatu al-istihbab an ya’kula sulus udhiyatihi. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Cet. 1.
Ibn Rush al-Qurtubi, al-Qadi Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhamad bin Ahmad (1416H/1995M). Bidayatu al-Mujtahid wa Nihayatu al-Muqtasid. Dar al-Salam. Cet. 1.
24
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban.
Muhammad al-Qari, ‘Ali bin Sultan (1422H/2002M). Mirqatu al-Mafatih Sharhu Mishkatu al-Masabih, kitab al-solat, bab fi al-udhiyah. Darul al-Fikr.
Sheik Abdullah bin Muhammad Basmeih (2000M). Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran 30 Juzuk. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
Wahbah al-Zuhaili (1999M). Fiqh & Perundangan Islam. Terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wahbah al-Zuhaili, Ustaz Doktor (1418H/1997M). al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh. Beirut- Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.
Wizarah al-Auqaf wa al-Shu’un al-Islamiyah (1404H/1983M). al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah. Al-Kuwait. Cet. ke-2.

Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.