nafi jatuh talak
ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS
Isu Filem Untuk Tiga Hari : Vanidah Nafi Jatuh Talak | “Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang megatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Saya juga tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku.” tegas pelakon popular Vanidah Imran yang menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem arahan Adflin Shauki, Untuk Tiga Hari.
Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.
“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,” katanya. Beliau juga menjelaskan dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.
“Saya berpendapat beliau (Mufti Perak) tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak yang lain.
Bagaimanapun Vanidah berkata, dia berlapang dada menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan terlebih dahulu. – Webberita |Hiburan
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.