Dah Bertudung
ASSALAMULAIKUM, HELLO MY READERS
KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2012: Mengambil kesempatan untuk memulakan langkah penghijrahan yang baru dalam kehidupannya pada bulan ramadan yang mulia ini, pelakon dan pengacara, Sharifah Aleya akui sudah mula berhijab pada tanggal 1 ramadan lalu.
Namun begitu, Sharifah Aleya tidak mahu menjelaskan mengapa dan sebab apa dia mahu tampil dengan imej terbarunya.MalaH, dia menganggap ianya sangat peribadi untuk dikongsi.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.
"Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan," katanya ketika dihubungimurai.com.my
Menurut Sharifah Aleya, tiada apa yang perlu diulas kerana apa yang dilakukan itu adalah datang dari dirinya sendiri.
Selain mahu membuka satu lambaran yang baru, ramadan ini juga merupakan ramadan pertama Aleya tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada kepada 2 orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang masing-masing berusia 3 tahun.
Sungguh pun begitu, keadaan tersebut langsung tidak memberi kesan yang begitu mendalam terhadap pelakon Idola dan Man Laksa ini kerana dia akui kehidupannya kini lebih gembira apabila dikelilingi orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakannya.
"Ramadan adalah bulan yang sangat tenang dan senyap kerana pada bulan inilah masa untuk kita melakukan muhasabah diri terhadap apa yang telah kita lakukan sepanjang bulan-bulan yang lalu.
"Ramadan ini juga akan membuat saya rasa boring dan keseorangan jika tiada keluarga dan rakan-rakan di samping saya. Oleh itu sepanjang ramadan ini, saya banyak menghabiskan masa bersama mereka.
"Saya akan bersama mereka setiap kali saya berbuka supaya saya tidak rasa keseorangan," luahnya yang mengaku masih menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami, Muhammad Ashraf Aasimuddin.
Aleya dijangka akan berpeluang bercuti raya pada 1 Aidilfitri sahaja kerana bakal bertugas sebagai penyampai radio pada raya kedua.
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.