renungkanlah

Hilal Asyraf
Perhimpunan Belia pada saya, memanglah tidak sepatutnya segala-galanya adalah terlalu kaku hanya dengan ceramah dan tazkirah atau penyampaian. Wujudkan sedikit hiburan, tidak ada masalah.

Tetapi saya rasa, apa yang telah disediakan untuk Program Perhimpunan Belia kali ini adalah sangat overdose, bahkan overdosa.

Tiada pembinaan belia pun di dalam program ini. Tiada apa-apa slot yang mematangkan belia, mahupun membina jati diri belia, di dalam program ini. Bahkan, program ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang 'liar', dan kalaulah dikatakan benar mahu menghimpunan 'jutaan' belia, maka bagaimanakah lautan belia itu akan diuruskan di dalam program sebegini?

Ini jelas hanya merosakkan remaja, dan meruntuhkan peribadi mereka.

Kita garang menghalau Irsyad Manji keluar dari negara, dan meninggikan suara menyatakan betapa dia adalah ancaman kepada Aqidah ummat di negara kita. Tetapi bagaimanakah pula program ini?

Kita pantas berfatwa mengharamkan perhimpunan yang hendak menuntut keadilan, maka di manakah fatwa untuk program sebegini?

Kita kata, demonstrasi dan debat bukan budaya kita,
maka program begini BUDAYA SIAPA?
 

------------------------------------
Pilihanraya semakin hampir.
Perubahan di tangan kita.
Lihatlah kerosakan-kerosakan ini,
dan bercita-citalah untuk mengubahnya.

Lakukan sesuatu!
Kita mahu pembinaan belia yang mapan, agar mampu memandu negara ke arah kemajuan dan lebih berintergriti. Bukan 'melunyai'kan belia dengan program sebegini!

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com