Sebuah Keputusan
ASSALAMULAIKUM HAI APA KABAR SEMUA BLOGGER SEMUA:
Hujan di luar masih lebat. Aku membuka jendela dan kilat masih sabung menyabung. Aku masih termenung di atas kerusi menghadap komputer.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan di pintu. Aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 11 malam. Agh, siapalah yang datang malam-malam buta ni, rungut hatiku.
“Su ... Suriani?” dalam terkejut itu aku membuka pintu dan Suriani yang lencun dengan hujan masuk ke dalam rumah. Aku mencapai tuala dan menyerahkan tuala tersebut kepadanya. Suriani duduk di ruang tamu. Aku mengambil sehelai baju T dan kain buat Suriani. Dia berdiri dan berjalan ke dalam bilik untuk menukarkan pakaiannya yang basah itu. Kemudian dia keluar kembali. Aku melihat Suriani masih berketar-ketar. Mungkin kesejukan. Aku ke dapur memasak air. Sementara menunggu air masak, aku mendapatkan Suriani.
“Su dari mana tadi?” “Dari rumah Lokman.”
“Buat apa di rumah Lokman?” tanyaku ingin kepastian.
“Ala..Bincang-bincang”
“Bincang-bincang apa dalam petir berdetum ni,” aku mengumpan Suriani. Aku ke dapur setelah cerek berdetik yang menandakan air itu sudah masak. Aku membuka Nescafe 3 in 1 dengan gunting yang tersangkut di dinding dan mencurahkannya ke dalam gelas. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Suriani. Aku membuka tin biskut dan biskut diletakkan di atas piring dan gelas serta piring tersebut aku pindahkan ke atas talam. Aku membawa talam yang berisi makanan dan minuman itu ke arah Suriani. Aku meletakkan talam itu di atas meja kecil yang berbentuk empat persegi.
“Bukankah ayah tak beri Su buat hubungan dengan Lokman. Su ni degil betul tak mahu dengar cakap ayah. Zaman sekarang ni, ramai lelaki yang tak mau berkerja. Su nak makan apa kalau kawin dengan Lokman nanti?”
“Bukannya degil kak ... tapi Su terpaksa,” ujar Suriani, adik bongsuku itu yang berusia lapan belas tahun itu.
“Siapa yang memaksa kau, Su?”
Tidak ada jawapan yang keluar dari mulut Suriani, bahunya terangkat-angkat menahan tangis. Sebagai kakak, kesedihan yang dialami oleh Suriani turut membuat hatiku menjadi simpati. Aku merapati ke arah Suriani dan memeluk bahunya.
“Berterus teranglah dik... apa yang sebenarnya berlaku ke atas Su.”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Suriani seorang gadis yang baik dan suka menghormati ibu bapa dan kakaknya. Dia berubah sekelip mata setelah berkenalan dengan Lokman. Lokman yang kegilaannya yang melakukan lumba haram itu dengan aksi-aksi berbahaya menjadi idaman gadis-gadis remaja termasuklah Suriani.
“Kakak tahu, Su sukakan Lokman. Tapi setakat suka tak boleh ke mana. Setakat hebat dalam aksi rempit, lumba haram di atas jalan raya itu, tidak bekerja, tidak boleh menjamin masa depan Su.”
“Ada tiga orang gadis yang sedang berebut untuk memenangi hati Lokman. Su nak jadi juara merebut hati Lokman.”
“Astagfirullah al azim. Su.....Su.” Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tidak menyangka adikku akan berkata macam itu.
“Su risau, perut Su asyik sakit-sakit kebelakangan ni.” Aku terkejut dengan keluhan Suriani. Aku bingkas menuju ke meja kecil tempat aku meletakkan talam yang berisi makanan dan minuman. Aku mengambil air Nescafe yang hampir sejuk itu dan menghulurkan kepada Suriani. Suriani menyambutnya.
“Terima kasih kak.” Su berkata sambil memegang perutnya yang sakit itu.
“Su nak kakak bawa jumpa doktor sekarang?”
“Agh, nanti dululah kak... esoklah.” Ujar Suriani memberikan alasan yang menimbulkan tanda tanya kepada aku.
“Esok petang lepas pulang dari kerja, kakak bawa Su jumpa doktor di Klinik Penawar. Dan sekarang, minumlah dulu. Lepas tu masuk bilik. Su perlu berehat dan tidur.”
“Su dah solat.” tanyaku. Walau apa keadaan pun kita mesti menutamakan solat.
“Sudah kak.” Su menjawab dengan pelahan.
Aku memimpinnya ke dalam bilik tidurku. Dia merebahkan badannya ke atas katil sambil memegang perutnya yang sakit. Malam semakin larut. Aku mengambil wuduk untuk melakukan solat Isyak. Di luar hujan telah berhenti. Sesekali kedengaran katak kuang sahut menyahut di dalam kegelapan malam itu. Aku menemani Suriani.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kami mempunyai keluarga kecil. Termasuk ayah dan ibu, keluarga kami yang mempunyai empat orang ahli. Ayah dan ibu bagaikan membenci Suriani.Sudahlah gagal dalam SPMnya, berkawan pula dengan Mat Rempit yang merubah perangainya. Aku pula sudah bekerja dan membeli sebuah rumah. Aku juga telah mempunyai sebuah kereta. Aku mahu membina kerjaya aku. Mungkin dua atau tiga tahun lagi aku bekerja dan berjaya mengumpul duit, aku mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana.
Aku menyerahkan jodoh kepada Tuhan Azzawajalla. Walaupun ada pihak yang menggalakkan aku mencari pasangan ketika berada di universiti, bagi mengelakkan kesukaran mencari teman lelaki sewaktu bekerja, aku tidak mempedulikan teori yang mengarut itu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Semenjak ayah dan ibu menyisihkan Suriani, hanya aku ini tempat dia mengadu, meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Aku sudah bertekad di dalam hati, kalau terjadi apa-apa pada Suriani, Lokman kena bertanggungjawab. Aku akan mencarinya sampai ke lubang cacing sekalipun untuk meminta dia bertanggungjawab atas perbuatannya.
“Astagfirullah.... al azim,” aku beristigfar beberapa kali kerana membuat andaian yang bukan-bukan terhadap Lokman. Mungkin sakit perut itu, sakit biasa kerana kebelakangan ni Suriani tidak mengawal waktu makannya. Perutnya kosong dan mungkin masuk angin. Bila berlaku macam ni, perut akan sakit.
Pagi itu aku mengejutkan Suriani untuk bersolat. Liat sungguh Suriani untuk bangun tidur, mengambil wuduk dan mengerjakan sembahyang Subuh. Setelah habis aku mengaji al-Quran, aku melihat jam di dinding. Waktu Subuh hanya tinggal sepuluh minit lagi.
“Bangun Su... bangun sembahyang Subuh... tinggal lagi sepuluh minit. Ya Tuhan, kenapa liat sangat ni.”
“Su tak boleh sembahyanglah kak. Su uzur,” ujar Suriani seolah-olah merengus mengejutkannya yang sedang lena tidur. Bukan kelmarin Su boleh sembahyang. Mungkin pagi ini dia uzur.
Aku bersiap diri untuk ke tempat kerja. Ketika aku menghadap ke cermin solek. Aku melihat Suriani masih mengerekot tidur. Aku meninggalkan not sepuluh ringgit di atas almari solek bagi membolehkannya membeli sarapan supaya perutnya tidak masuk angin dan sakit lagi.
Aku menghidupkan injin keretaku. Dan membawa keluar kereta menuju keluar ke jalan utama untuk ke tempat bertugas. Jalan raya waktu pagi amat sibuk. Maklumlah semua orang keluar pergi bekerja mencari rezeki. Aku menghampiri lampu isyarat. Tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dipandu laju dan tidak dapat melepasi lampu isyarat yang sudah berwarna merah. Sebuah kereta yang mengikut laluannya bertembung dengan motosikal yang luar kawalan penunggangnya.
“Astagfirullah al azim... kemalangan.”
Aku melihat pengguna jalan raya mengambil kesempatan mencuri pandang kejadian kemalangan itu. Tak berapa lama kemudian polis datang ke tempat kejadian. Siren ambulan bergema supaya pengguna jalan raya memberi laluan kepadanya. Aku terus melencong dan terus ke pejabat.
Aku sempat mengetik kad perakam apabila sampai ke pejabat. Di pejabat, staf yang malalui jalan pada pagi itu sibuk menceritakan kemalangan yang berlaku. Dengan bersemangatnya.
“Kau tak nampak ke Mariam, kemalangan tu. Kau sepatutnya bantu mangsa tu,“ usik Leha.
“Eh kenapa pula?”
“Ehh, kau tak tahu ke ... bakal adik ipar kau yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi tu,” sampuk Aziah.
“Lokman.... maksud kau?” Soalku untuk mendapatkan kepastian. Aziah mengangguk.
Aku meninggalkan mereka yang ‘busybody’ untuk kembali ke mejaku membuat tugasanku pagi itu. Adik ipar konon, sebentuk cincin berbelah rotan untuk tanda jadi pun tak mampu beli, mengaku adik ipar. Aku merungut sendirian.
“Astagfirullah al azim... kenapalah aku selalu berfikir yang bukan-bukan. Sepatutnya aku mendoakan Lokman selamat, bukan sebaliknya. Aku memicit dahiku. Tiba-tiba aku teringat akan Suriani. Dia sudah bangun ke atau mengerekot sambung tidurnya. Aku cuba menelefonnya tapi tidak diangkat. Mungkin tidur lagi, fikirku. Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, aku singgah membeli pisang goreng san keropok lekor. Aku tahu Suriani sukakan keropok lekor. Apabila aku sampai di rumah, Suriani telah membersihkan rumah dan menjerang air dan menyediakan Nescafe 3 in 1 itu di atas meja.
“Kenapa telefon Su tak jawab bila kak ‘call’ dari pejabat tadi?”
“Inilah masalahnya.... baterinya dah kong. Puas Su cari ‘charger’ tapi tak jumpa. Mana kakak letak ‘charger’ tu?”
“Dalam kereta... kakak selalu caj di pejabat.”
Aku membawa Suriani ke klinik seperti yang dijanjikan semalam. Telefon bimbit Suriani tinggal di rumah kerana tidak ada bateri dan perlu dicajkan. Aku pergi ke kaunter untuk pendaftaran manakala Suriani duduk di kerusi sambil memegang perutnya yang sakit itu.
“Suriani binti Ahmad. Sila masuk ke bilik 3.”
Aku menemani Suriani di dalam bilik rawatan doktor.
“Adik ...awak mengalami sakit perut yang luar biasa ni.”
“Maksud doktor?”
“Suriani... hamil empat bulan.”
“Hamil?” mulut aku terlopong. Suriani menjadi pucat dan bahunya terenjut-enjut menahan tangis. Patutlah Suriani liat hendak berjumpa doktor. Patutlah Su kata dia terpaksa berkahwin dengan Mat Rempit tu.
Suriani bagaikan kebingungan sewaktu berada dalam kereta. Dia mencari-cari telefon bimbitnya.
“Bukankah Suriani tak bawa telefon bimbit. Telefon bimbit Su kan ditinggalkan di rumah untuk dicajkan baterinya. Nak guna telefon bimbit kakak?”
“Tak pa, kak.” Suriani mengelus nafas apabila aku memaklumkan kepadanya.
Apabila sampai di rumah Suriani terus meluru mendapatkan telefon bimbitnya.
“Banyaknya mesej,” jerit Suriani. Suriani terus menekan butang pada ‘key-pad’ telefon bimbitnya itu.
“Apa? Lokman kemalangan... kak...kak... kak... jom kak. Kita ke hospital, tengok Lokman! Suriani menjerit.
Aku menuruti belakang Suriani. Pejalanan ke hospital itu memakan masa selama tiga puluh minit. Aku memasuki perkarangan hospital dan mencari tempat letak kereta. Suriani tergesa-gesa mencari wad Lokman di tempatkan. Akhirnya Suriani bertemu Lokman yang masih berbalut kepalanya. Bahagian kakinya cedera parah. Patah.
“Maafkan aku, Su... inilah akibat kedegilan aku.Aku tidak mendengar nasihat kau. Aku benar-benar menyesal apabila kaki aku patah dan kepalaku cedera. Su apa khabar?” tanya Lokman.
“Su baik saja. Sebenarnya... Su ada perkara penting yang nak dicakapkan kepada Lokman,” ujar Suriani. Lokman mengerutkan dahinya. Dia membetulkan kedudukannyauntuk berada dalam keadaan lebih selesa mendengar penjelasan daripada Suraini
“Su dah periksa doktor... Su... Su didapati hamil empat bulan, Lokman.”
“Apa? Hamil?”
Lokman semakin kebingungan. Lokman melangut ke wajah Suriani. Lokman mencapai tangan Suriani. Tangan mereka bertaut. Suriani merebahkan tubuhnya ke badan Lokman. Lokman membelai rambut Suraini.
“Abang akan bertanggungjawab. Su... usah bimbang,” bisik Lokman ke telinga Suriani. Suriani berasa lega apabila Lokman sudah pandai membahasakan dirinya sebagai abang. Suriani juga berasa lega apabila Lokman sudah insaf.
“Eem...eem..” aku berdehem ketika menyaksikan aksi mereka berdua. Mereka tersipu malu. Lokman melepaskan pelukannya. Suriani mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya, beberapa ketika kemudian, ibu Lokman sampai dengan adik perempuannya. Lokman mamperkenalkan Suriani kepada ibunya.
“Ibu. Sebenarnya ... sebenarnya ...” Lokman memberhentikan bicaranya.
Mata Lokman mula berkaca dan kemudiannya air matanya mengalir bagai air terjun.
“Sebenarnya, apa Man. Kenapa menangis?”
“Sebenarnya, Man telah menyebabkan Su mengandung. Minta maaf, mak. Man memang anak yang tak berguna.” Kata Lokman menjelaskannya dengan berlinangan air mata.
“Man sampai hati kau buat mak macam ni. Apa salah mak, Man. Mak tak bagi didikan pada kamu ke,” kata-kata yang diucapkan sayu dan tersekat-sekat.
“Mak, Man dah insaf. Tuhan dah bagi peluang pada Man untuk bertaubat, Mak. Man nak bertanggungjawab mak. Mak perlukan restu mak.
“Mak boleh bagi restu tapi keluarga Su macam mana?”
Su berasa berdebar mendengar kata-kata tersebut. Mahukah ayah memberi restu ataupun ayah akan tampar Su di hadapan semua orang. Halau Su. Tidak mengaku Su sebagai anak.Getus hati Su. Tiba-tiba muka pucat. Pandangannya kabur.
Aku segera mendapatkan Su apabila melihat Su pucat. Tiba-tiba Su rebah dalam dakapanku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Assalamualaikum,” aku memberi salam.
Ibu menjawab salam sambil membuka pintu rumah. Apabila mendapati aku datang bersama Sudan Lokman. Raut wajah ibu berubah.
“Jemput masuk,” aku menjemput Lokman dan Su masuk tanpa mempedulikan ibu. Takut ibu akan mengusir dan memarahi mereka. Mencaci maki mereka. Mungkin akan menampar Su.
“Ayah... ibu... mari ke sini sekejap,” aku memanggil ayah dan ibu supaya Su dapat memberitahu tentang perkahwinannya.
“Ayah.. ibu... Su... Su nak kahwin dengan Lokman. Su mengandungkan anak Lokman. Su nak minta restu ibu dan ayah untuk kebahagiaan Su,” Su menjelaskan dengan panjang lebar.
Muka ibu dan ayah merah. Menahan marah. Tanpa apa kata, ayah bangun lalu menampar pipi lembut Su.
“Apa! Kau mengandungkan anak Lokman! Perempuan tak sedar diri! Berani kau conteng arang ke muka aku!” marah ayah.
“Ayah, Lokman sudah insaf. Lokman nak bertanggungjawab. Ayah perlu bagi satu lagi peluang pada mereka. Mereka hanya memerlukan restu ayah untuk berkahwin. Ayah takkan anak yang tak berdosa ini nak dibiarkan tak mempunyai bapa kerana mereka tak boleh berkahwin. Kerana tak mendapat restu ayah.” Aku mencelah.
Aku cuba menenangkan ibu yang terduduk di sofa. Senyap tanpa sebarang kata. Air mata berlinangan.
“Ayah bagi restu tapi ayah tak mau liha muka kau di dalam rumah ni lagi. Berambus kau. Kau bukan lagi anak kami.”
Su memegang kaki ayah. Diminta keampunan atas dosanya yang menimbun ini. Tetapi ditendang. Dicaci.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Beberapa tahun kemudian...
Aku sudah berkahwin dengan teman sekerjaku. Su dan Lokman hidup bahagia. Ibu dan ayah telah dapat menerima Su dan Lokman setelah pelbagai cara yang mereka lakukan.
Inilah satu keputusan yang dahulunya perit untuk dilakukan tetapi bahagia yang didapati kini.
nice blog ;D
ReplyDelete