katakan tak nak pada seks luar nikah
Seks luar nikah, kenapa remaja `menghalalkannya’? Di era kemajuan kini, ramai yang lebih terbuka dalam membicarakan perihal seks dari pelbagai sudut dan perspektif walaupun masih ada yang menganggap ia sesuatu yang ‘taboo’ (pantang) dan tidak manis diperkatakan, terutamanya oleh mereka yang belum berkahwin.Kita lupakan sejenak perbezaan kedua-dua pendapat ini kerana realitinya, semakin ramai remaja terbabit dalam aktiviti seks luar nikah di kala ini.
Dari pemerhatian aku, secara purata, remaja Malaysia melakukan seks kali pertama pada usia 19.3 tahun berbanding 20 tahun, sedangkan kajian Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (PPPKM) mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan 25 tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan tahun, dulu.
Sukar untuk kita percaya, perkara sedemikian berlaku di kalangan masyarakat yang membesarkan anak kecil mereka dengan gambaran bahawa seks adalah satu perkara yang ‘tidak baik’ melainkan adanya ikatan perkahwinan antara dua pasangan lelaki dan perempuan.
Adakah remaja hari ini tidak menerima lagi pandangan dan `didikan’ ini hanya kerana dunia dan masyarakat semakin moden, dunia tanpa sempadan dan globalisasi yang penuh mencabar?
Tidakkah mereka memikirkan masa depan yang akan gelap jika hamil sebelum berkahwin? Apakah yang akan terjadi pada persekolahan atau kerjaya mereka? Sekolah terbiar, kerjaya tergugat.
Sebagai seoarang remaja, sila beri pandangan anda dalam hal nie..
Your current article proνides confirmeԁ usеful tο
ReplyDeletemуself. It’s eхtremely useful аnd yοu really are obviouѕly rеally knowledgeable
of thiѕ tурe. You have got popped my perѕοnal еyеs foг уou tо
varying thoughts about this κind of subjеct mattег togetheг ωith
intriguіng аnd ѕtrong content.
Also visit my web blog; phentermine