MULTI BILLONAIRE TANPA WANG
Yang last paling sedih.. Ya Allah! Jadikan kami kaya sepertinya. MULTI BILLIONAIRE TANPA WANG! Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi. Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi. Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk Iftar di masjid Makkah dan Madinah. Suleiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini. ...