Posts

Dikubur tanah

JELI: Seorang pekerja kontrak yang sedang mencangkul bagi meratakan tanah dalam lubang sedalam 1.5 meter bagi kerja penggantian paip lama, di Kilometer 81, Kampung Air Puteh, Lakota, dekat sini, terbunuh akibat tertimbus tebing lubang berkenaan yang runtuh, pagi semalam. Kejadian jam 10.50 pagi itu berlaku ketika remaja berkenaan, Mohamad Amir Mohd Azmi, 14, bersama empat pekerja lain melakukan kerja penggantian paip lama apabila tebing lubang yang dikorek menggunakan jengkaut sebelum itu, runtuh. Kemalangan menyebabkan mangsa yang tidak bersekolah parah di kepala dan patah tulang rusuk kanannya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut saksi, Mohd Shukri Mohd Rashid, 19, tanah di sebelah kanan Mohamad Amir runtuh tiba-tiba dan menimbus seluruh tubuhnya. Mohd Shukri yang juga sepupu mangsa berkata, dia serta rakan lain tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku pantas dan ketika ketika itu, dia berada dua meter dari Mohamad Amir.

Meraung ratap anak hanyut

TANAH MERAH: Seorang wanita hanya mampu meraung memanggil nama anaknya yang hilang dihanyutkan arus deras di Lata Hujan, Ulu Kusial, di sini, selepas gagal menarik tangan kanak-kanak itu yang terkapai-kapai dalam air, kelmarin. “Saya cuba menyelamatkan Irfan dengan menarik tangannya, tetapi air terlalu deras menyebabkan dia hanyut sebelum hilang daripada pandangan,” kata Aznira Abdullah, 37, ibu kepada Muhammad Irfan Anuar, 12. Dalam kejadian jam 4 petang itu, kegembiraan Aznira membawa dua anaknya berkelah di pusat rekreasi berkenaan sempena cuti sekolah berakhir tragedi apabila Muhammad Irfan maut dihanyutkan arus deras. Berikutan itu, usaha mengesan mangsa digerakkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat, polis serta Skuad Keselamatan Tanah Merah/Machang/Jeli (SKTMJ). Misi menjejaki mangsa berakhir lebih enam jam kemudian apabila mayat Muhammad Irfan ditemui pada jam 10.37 malam, sejauh 50 meter dari tempat dia terjatuh dan hanyut.   sumber dari My Metro
Image
My New Hand phone LG Lollipop Grey 1 ^_^ Cantik tak???????? kalau cantik koman 

Aksi Pitbull menyengat

TEMPOH 50 minit beraksi bukan satu jangkamasa biasa bagi mana-mana konsert artis antarabangsa yang datang ke Malaysia. Namun kalau hati sudah suka, semua itu bukan masalah. Beli saja tiket dan tengok konsert yang pendek pun tidak mengapa asalkan hati puas.  Itu antara reaksi didengar dari kalangan 15,000 peminat menyaksikan konsert Pitbull Live In Concert Kuala Lumpur 2011 di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Khamis lalu. Sekalipun persembahan penyanyi rap berdarah Cuba-Amerika Syarikat ini lewat sejam akibat hujan lebat, ribuan peminat tidak berganjak langsung menantikan kemunculannya. Dapat disaksikan mereka yang datang menonton adalah daripada pelbagai bangsa termasuk pelajar, pekerja dan pelancong asing dari Barat dan Timur Tengah. Tatkala DJ Maz dan Dj Big Shype memutarkan muzik diikuti kemunculan penyanyi What You Waiting For, Mizz Nina muncul pada jam 9.45 malam, sorak gempita bergema di taman tema terkenal itu. Tepat jam 10.25 malam, barulah imej penyanyi ...

Ikon filem Bollywood meninggal dunia

MUMBAI: Hero filem romantik Bollywood dan ikon fesyen, Dev Anand, 88, meninggal dunia, semalam. Sejak berita itu diketahui, ucapan takziah mula mencurah masuk daripada mereka yang berada dalam industri perfileman Hindustan. Agensi berita The Press Trust of India melaporkan, Dev yang sebaris pelakon Raj Kapoor dan Dilip Kumar ketika di zaman kegemilangan mereka di Bollywood, meninggal dunia akibat sakit jantung di London. Menurut sumber keluarga, dia berada di sana untuk pemeriksaan kesihatan dan tidak sihat sejak beberapa hari lalu. Dev sering dibandingkan dengan pelakon AS Gregory Peck kerana kerana raut wajahnya dan menjadi idola peminat. Dikenali sebagai ‘Dev Yang Periang’, dia terkenal kerana sangat aktif dan cintanya kepada filem. Dia membintangi lebih daripada 100 filem. Kerjayanya bermula dengan filem ‘Hum Ek Hain’ (Kita Satu) bersama sahabat Guru Dutt pada 1946. Dia terus berlakon sehingga ke usia emas dan filem terbarunya, ‘Chargesheet’, adalah filem yang diterbitkan ...

Erni sah isteri Kamarulazlan

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau Rita sah bergelar isteri kepada Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim selepas pasangan berkenaan dinikahkan dalam satu majlis di Taman Harmonis, Gombak di sini, semalam. Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid As Syaarif, Mohamed Embong jam 6.40 petang dan Rita diwalikan bapanya, Buhari Mohamed, 62. Majlis persandingan Rita dan Kamarulazlan berlangsung pada jam 8 malam dengan lebih 500 tetamu hadir memeriahkan hari berbahagia mereka. Rombongan pernikahan yang diketuai Mashitah dan suaminya itu menyaksikan Rita menerima hantaran RM30,000 berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11. Majlis pernikahan bertemakan Moroccan Islamic Garden berjalan lancar dan turut memperingati Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dengan bacaan al-Fatihah. Dalam majlis pernikahan terbabit, Kamarulazlan turut ditemani ibu...

Dia kekasih saya

MANTIN: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta (gambar) dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam. Ketika serbuan jam 4 pagi itu, selain pasangan terbabit, sembilan lagi lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan berpesta arak di ruang tamu kononnya sempena meraikan sambutan hari jadi seorang daripada mereka. Sumber berkata, ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengetuk pintu bilik penuntut itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, namun tidak dibuka menyebabkan pintu dipecahkan. “Sebaik pintu terbuka, seorang perempuan warga tempatan berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut berbogel. “Apabila disoal siasat, dia (pelajar perempuan) yang berusia 20-an mengaku lelaki Nigeria itu kekasihnya dan mereka rakan sekelas ketika belajar di ...