Posts

Showing posts from October, 2017

KEDEGILAN NOR IZZTI BERBALOI

Image
WALAUPUN dilahirkan kerdil, graduan ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) Nor Izzati Saiful Apendi, 23, berjaya membuktikan kemampuan fizikal bukan penghalang bagi menamatkan pelajaran dalam jurusan diminati. Ibunya Umi Kalthom Abdullah, 56, berkata, Nor Izzati, anak sulung daripada dua beradik itu mengalami masalah tulang belakang atau Osteogenesis Imperfecta sejak lahir hingga menjejaskan tumbesarannya atau kerdil. Menurutnya, ketika di sekolah rendah, anaknya terpaksa dibawa menggunakan kerusi roda atau didukung bapanya Saiful Affendi Abdul Aziz, 56, pekerja kilang yang juga bisu ke sekolah berikutan kesukarannya untuk bergerak. Akibat masalah itu, Nor Izzati terpaksa menolak tawaran memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. “Dia kemudian sekali lagi mendapat tawaran memasuki tingkatan empat di MRSM dan dia merayu supaya diberi peluang untuk mengubah masa depannya bagi menjad...

KUBUR NUR ALIYA DIGALI SEMULA..

Image
POLIS membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang dadanya tertusuk serpihan batu pengasah mata pisau mesin rumput di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, Alor Setar, Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya sudah memperoleh perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. “Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). “Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. Beliau berkata, bapa kanak-kanak terbabit juga sudah dirakam keterangannya. Harian...