PROPAGANDA 3-5-9S DAN 5F YAHUDI DAN NASRANI – PART 1
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO Agama atau Ad-Dien itu adalah cara hidup. Bagi agama Islam, ad-Dien itu merujuk kepada cara hidup yang mengikut MANUAL kehidupan yang dibekalkan oleh Allah selaku Pencipta yang sangat arif tentang MAKHLUK ciptaannya. Dalam bahasa sanskrit, A=TIDAK, GAMA=KACAU. Jadi, A-GAMA bermaksud tidak kacau. Kerana itu AGAMA sangat diperlukan agar hidup manusia itu sejahtera dan aman, tidak kacau bilau. Itulah SALAM, itulah AGAMA ISLAM. Kepatuhan MAKHLUK kepada AL-KHOLIK (penciptanya) dinamakan AKHLAK. Allah selaku AL-KHOLIK telah menurunkan al-quran sebagai manual kehidupan yang wajib dipatuhi oleh manusia, selaku MAKHLUK ciptaanNya. Tanpa Alquran manusia akan hidup kacau bilau. Kerana itu ia diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia. Akhlak Nabi SAW adalah al-Quran itu sendiri. Setiap perintah quran baginda patuhi. Jika agama terbina dari cara hidup umatnya, maka untuk menjatuhkan...