Posts

Showing posts from 2014

Datuk Abdullah Hussain Meninggal Dunia

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam tadi. Berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ialah isteri, Datin Siti Saroja Basri dan lima anak berusia 32 hingga 47 tahun. Anak lelaki Allahyarham, Ahmad Patria Abdullah, 47, berkata jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini sebelum solat Zuhur, hari ini. "Ayahanda menghembuskan nafas dengan tenang dan kami reda dengan pemergiannya," katanya ketika dihubungi. Abdullah yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996. Penulis kelahiran Yan itu menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi. Anugerah lain diterimanya ialah SEA Write Award dari kerajaan Thailand pada tahun 1981 dan hadiah pertama Sayembara Nove...

RON97 turun 35 sen, Diesel turun 30 sen

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter. Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97. Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. Pada 21 November lalu, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010. Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter. Harga runcit petroleum di nega...

Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..   Kuala Lumpur: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brigadier Jen (B) Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 70 tahun, malam tadi. Bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu disahkan meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung, pada 9.52 malam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang ditemui di IJN memberitahu arwah dimasukkan ke IJN, pada kira-kira 5 petang semalam. Menurutnya, jenazah Allahyarham sudah dibawa balik ke rumahnya di Bandar Tun Hussien Onn oleh ahli keluarga. “Jenazah dijangka dikebumikan pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, 11 pagi, esok (31 Disember)," katanya. Sumber harian matro

Waris MH17 dan MH370 mengucapkan takziah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Kuala Lumpur: Sebilangan waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan MH370 mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. Wan Aini Wan Hussin, 61, kakak juruterbang pesawat MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin, berkata dia sedih sebaik mendengar berita nahas itu dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi kenyataan. “Bila mendengar berita itu, perasaan saya seolah-olah seperti ketika mendengar berita tragedi MH17. “Memang sedih sebab kita pernah rasa kehilangan seperti itu...saya harap semua ahli keluarga (mangsa QZ8501) banyak bersabar,” katanya ketika dihubungi. Mohd Zaki Md Salim, 38, abang kepada penumpang MH17, Mohd Ali, berkata dia juga dapat merasai kesedihan yang dialami keluarga mangsa QZ8501. “Saya pernah berada dalam situasi yang sama dan saya simpati kepada mereka...tiada yang dapat saya katakan selain bersabar dan terima dugaan dengan tabah,” ka...

Perkahwinan Marian Rivera dan Dingdong Dantes

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. #WiddengAndOfYear Baju pengantin yang dipakai oleh Marian Rivera cukup menawan hati cantik sangat nantikan gambar seterusnya yang tertiris di laman Facebook beliau.. Marian Rivera and Dingdong Dantes Ini je yang saya boleh ambik pun ambik bebanyak nanti tak syok pulak kalau nak tengok lagi boleh pergi ke page Marian Rivera di https://www.facebook.com/MarianRivera Sama cantik sama padan dan yang penting aku memang minat dangan pasangan ni aku suka gandingan diaorang dalam Marimar dan Dangerous Love ...................................................................................................................................................................

Tiada kata yang boleh gambarkan

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan terbaru bahawa serpihan pesawat dan beberapa mayat terapung telah ditemui di lokasi pencarian. Beliau telah menulis, tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan sedihnya terhadap insiden tersebut. My heart is filled with sadness for all the families involved in QZ 8501. On behalf of AirAsia my condolences Di dalam tweet yang berasingan, Fernandes berkata beliau akan berlepas ke Surabaya secepat mungkin. My heart is filled with sadness for all the families involved in QZ 8501. On behalf of AirAsia my condolences Sebelum ini, Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501. Read more at: htt...

‪#‎TakziahQZ8501‬

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Surabaya: Kedengaran suara tangisan ahli keluarga dari Pusat Krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, selepas penemuan objek di Pangkalan Bun disahkan milik pesawat QZ8501. Suasana di pusat ini masih dalam keadaan terkawal dengan ratusan waris dan ahli keluarga masih terus menunggu maklum balas daripada pihak berkenaan. Pemerhatian wartawan dari luar pusat ini mendapati Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) di Surabaya, M Hernanto, sedang memberikan taklimat manakala pegawai penerbangan AirAsia Indonesia menenangkan perasaan waris keluarga pesawat malang itu. Malah jelas kedengaran dari dalam bilik itu meminta ahli keluarga bersabar dan meminta mereka bertenang ketika siaran televisyen media tempatan menayangkan gambar serpihan dari kawasan pencarian. Cubaan untuk menemubual waris keluarga setakat ini belum berhasil kerana mereka masih berada di dalam bilik terbabit. Lagi gambar tertiris di media Semua...

Amaran berjaga jaga dikeluarkan

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Dikeluarkan pada : 12:30am pada 29 Disember 2014 SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH): Dikeluarkan pada: 12:30 pagi pada 29-12-2014. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun & Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan & Rompin) & Johor (Daerah Mersing) dijangka berterusan sehingga Rabu, 31 Disember 2014. SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA): Dikemaskini pada: 12:30 pagi, 29-12-2014. Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Hulu Terenganu), Pahang (Daerah Bera, Temerloh, Jerantut & Maran), Johor (Daerah Segamat, Kluang & Kota Tinggi), Sarawak (Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang) dan Sabah : Bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau (Daerah Lahad Datu) dijangka berterusan sehingga Rabu, 31 Disember 2014. SEKSYEN C: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKA...

lagi gambar tertiris ke laman wab

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Lagi gambar akan menyusul 

Air Asia tukar logo

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Air Asia menukar logonya kepada hitam putih... #PrayForQZ8501

Terkini!!! Air Asia QZ8501 dilaporkan hilang..

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. AirAsia Indonesia mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura tidak dapat dihubungi pengawal trafik udara jam 7.24 pagi tadi. Pada masa ini, pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung status penumpang dan krew dalam penerbangan namun akan memberikan maklumat kepada semua pihak sebaik memperolehnya. "Masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan AirAsia akan bekerjasama penuh dan memberi perkhidmatan yang diperlukan. "Pihak kami juga sudah menubuhkan Pusat Panggilan Kecemasan bagi memudahkan keluarga dan rakan mangsa mendapat maklumat lanjut. Mereka boleh menghubungi talian +622129850801 atau melayari laman web AirAsia,  www.airasia.com ," katanya dalam kenyataan.

Ambang 2015

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Putrajaya: Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 yang sepatutnya berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 pada 31 Disember ini dibatalkan. Perkara berkenaan dimaklumkan Perbadanan Putrajaya (PPj) menerusi status ringkas pada Facebook (FB) mereka. "Setelah perbincangan diadakan antara PPj dan pihak penganjur, dengan ini dimaklumkan bahawa program Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 kini sah dibatalkan," katanya. Kira-kira enam jam lalu, PPj menerusi status FB memaklumkan pihaknya sedang dalam usaha berbincang dengan pihak penganjur bagi membatalkan sambutan Ambang 2015 . Baru-baru ini, ada desakan daripada pelbagai pihak dan orang awam menerusi Internet termasuk laman sosial FB meminta supaya sambutan berkenaan dibatalkan. Desakan yang dibuat adalah berikutan banjir melanda beberapa negeri di negara ini. Sumber dari  http://www.hmetro.com.my/node/19088

Hati hati ya

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. KUALA LUMPUR: Pengguna Facebook dinasihati agar tidak membuat klik pada pautan video bertajuk 'Gadis Mabuk Setelah Pesta' atau 'Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk' yang tersebar di laman sosial itu. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pautan berkenaan cuba untuk menarik pembaca dengan memaparkan visual berunsur lucah. "Apabila anda klik pautan itu, anda akan diminta memasang satu perisian berbentuk 'plugin' yang sebenarnya adalah sejenis malware (virus)," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook suruhanjaya itu. SKMM meminta pengguna yang menjumpai kandungan sedemikian membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan 'Report This Post - It's spam' di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan. "Jika akaun (Facebook) anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan secepat mungkin dan sampaikan peringatan ini kepada rakan-rakan a...

Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka. Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali. Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia. Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka. Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya. “Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Sibe...

Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami. Tapi??

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. SOALAN : "Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?" Jawapan Ustaz : "BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai durhaka pd Allah SWT. Karena isteri, rezekimu bertambah. Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu. Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga. Kerana isteri, tenang hati mu. Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu. Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya. Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimata mu, baginya besar bagi dirinya. Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami. renungan sepintas la...

LAWAK HAMBAR

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..  Apabila anda ternampak awek comel, cute dan menarik perhatian anda. Tiba-tiba anda rasa, tulang rusuk anda bergetar. Mungkin anda menghadapi kanser tulang.

WAHAI MANUSIA SEBARKANLAH SALAM

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..

Miskin manapun suami

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Siapa pun dia.. Dia tetap suami.. Macam mana pun dia.. Dia tetap suami.. Bagi yang dah berkahwin bagi yang belom kahwin tu taat pada ibu bapa ye 

it can kill cancer

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. 10000 times stronger killer of CANCER than Chemo".. do share it.. can save many lives, fill up hopes and build confidence in the patients... The Sour Sop or the fruit from the graviola tree is a miraculous natural cancer cell killer 10,000 times stronger than Chemo. ... Why are we not aware of this? Its because some big corporation want to make back their money spent on years of research by trying to make a synthetic version of it for sale. So, since you know it now you can help a friend in need by letting him know or just drink some sour sop juice yourself as prevention from time to time. The taste is not bad after all. It’s completely natural and definitely has no side effects. If you have the space, plant one in your garden. The other parts of the tree are also useful. The next time you have a fruit juice, ask for a sour sop. How many people died in vain while this billion-dollar drug maker concealed the secret of the miraculous Gra...

Jom dapatkan

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Jom dapatkan seluar bersalin mesra aurat...utk isteri kita..yg bakal bersalin...

Suruh melawan kenser

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaanny a maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 1. Istighfar 10x. 2. Salawat Nabi 10x. 3. Al-Fatihah 1x. Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli kel...

Ada bran

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Melamar terus la bari dikatakan lelaki budiman bukan nak crush ke kepel ke apa ke.. Masuk meminang terus la InshaAllah diterima..

enough internet for today

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM.. Penampakan hantu waktu berselfe di bilik air.. Seram atau tidak??

ASSALAMULAIKUM..

Image
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..